Meluahkan kesyukuran diberi kesempatan berkongsi kisah penghijrahan, pelakon jelita Aprena Manrose percaya semua orang melalui perkara yang sama dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Bagaimanapun, dia memohon doa agar terus diberi kekuatan dan kekal istiqamah.
“Bismillahi MasyaAllah… thank you yang sudi datang dan mendengar perkongsian tentang penghijrahan saya. Nervous hanya Allah sahaja yang tahu kerana saya tak pernah menjadi panel lagi-lagi bercakap tentang ilmu agama. Saya rasa amatlah kerdil, tapi Allah pilih dan mengizinkan untuk sharing pada yang hadir. Allah Maha Baik. Semoga bermanfaat. Maaf jika tersalah kata. Yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk itu dari diri saya sendiri.
‘Berubah itu senang, istiqomah itu… Allahuakhbar’
Saya percaya semua orang melalui benda yang sama. Saya doakan semoga semua dapat kekuatan untuk terus ke jalan Allah dan minta doa pada saya juga ya. Terima kasih ya Allah atas pengalaman untuk harini ???
I LOVE YOU ORANG KELANTAN. Sek kito jange pecoh! ??


Sumber : IG Aprena Manrose

