Kerjasama BN, GRS bertujuan pastikan kemenangan bersama – Ismail Sabri

Dari Penulis

KERJASAMA dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri ini bertujuan memastikan kemenangan bersama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata apa yang penting pada PRU15 bukan bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi, sebaliknya jumlah kerusi Parlimen dimenangi yang hanya mampu diperolehi menerusi solidariti kukuh antara dua rakan berkerjasama dalam kerajaan Sabah.

Beliau berkata BN boleh bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan bertembung sama sendiri dengan rakan kerjasamanya GRS, bagaimanapun apa yang terjadi akhirnya bak kata peribahasa ‘yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran’.

“Untuk menang PRU15 ini kita perlu solidariti dalam UMNO, dalam komponen BN, dan di Sabah bersama rakan kerajaan negeri (GRS). Kita masuk bertanding satu sahaja, nak menang setiap kerusi dipertandingkan, ini nawaitu (niat) kita bertanding,” katanya semasa berucap dalam program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 di Kimanis hari ini.

Program itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut hadir Naib Pengerusi BN Datuk Arthur Kurup yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS); Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir;  Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi GRS Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

BERITA BERKAITAN Perdana Menteri hadir majlis rumah terbuka BN Sabah

BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan PBRS menjalin kerjasama dengan GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu bagi mentadbir kerajaan Sabah.

Ismail Sabri berkata selain solidariti bersama parti lain, solidariti dalam BN sendiri adalah penting bagi memastikan parti itu terus utuh seperti mana perpaduan kukuh yang ditunjukkan antara dirinya dan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

“Ada percubaan untuk pecah belah (kerjasama) saya dan Presiden (Ahmad Zahid), turun ke bawah saya dan Presiden terangkan hubungan kami sangat kuat dan tidak boleh dipecah belah.

“Kononnya ada kluster Putrajaya diketuai saya dan kluster WTC diketuai Presiden, tiada kluster Putrajaya atau WTC, yang ada hanya kluster UMNO diketuai Presiden,” katanya.

Beliau berkata perpaduan yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi parti itu perlu diteladani setiap anggota parti terutama peringkat akar umbi dan diterjemah dengan perpaduan untuk memastikan kemenangan sesiapa sahaja calon yang mewakili parti itu pada PRU15.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This