UMNO, BN N9 tolak tuduhan tebuk atap, dakwa eksekutif dilihat memasuki ruang adat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UMNO, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan merupakan usaha tebuk atap atau cubaan mengambil alih kerajaan negeri secara tak bertanggungjawab.

14 ADUN tersebut menerusi kenyataan bersama menegaskan bahawa pendirian dibuat secara terbuka, rasmi dan berasaskan prinsip.

Tegas mereka, ia bukan tindakan sulit, rundingan pintu belakang dan gerakan merebut kuasa namun adalah pendirian politik yang sah apabila keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar telah hilang.

“Pakatan Harapan perlu memahami bahawa isu ini bukan sekadar pertikaian politik biasa.

“Isu ini menyentuh krisis yang melibatkan Institusi Adat, Perlembagaan Negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta kestabilan pentadbiran negeri. UMNO BN Negeri Sembilan tidak mencampuri urusan adat.

“Namun apabila tindakan dan kenyataan eksekutif kerajaan negeri dilihat memasuki ruang adat, mencetuskan pertikaian awam dan Exco UMNO BN tidak dimaklumkan secara sewajarnya dalam proses kerajaan negeri.

“Maka UMNO BN tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan yang tidak dimaklumkan, tidak dipersetujui dan tidak selari dengan prinsip menghormati adat serta Perlembagaan negeri,” katanya malam ini.

Atas sebab itu, tegas ADUN UMNO, BN tindakan menarik sokongan bukan soal prestasi Menteri Besar semata-mata, tetapi soal keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan beliau dalam mengurus krisis institusi yang amat sensitif.

“UMNO BN Negeri Sembilan juga berpandangan bahawa isu berkaitan adat, institusi dan pentadbiran Negeri Sembilan sewajarnya ditangani dengan penuh kefahaman terhadap konteks negeri ini.

“Dalam hal ini, adalah lebih wajar ruang penjelasan utama diberikan kepada pimpinan dan wakil rakyat Negeri Sembilan yang lebih memahami kedudukan adat, Perlembagaan dan sensitiviti setempat,” katanya.

UMNO, BN Negeri Sembilan tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menghormati institusi Raja-Raja Melayu, mempertahankan Institusi Adat Negeri Sembilan dan berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Segala langkah selepas ini hendaklah dibuat mengikut lunas Perlembagaan, undang-undang negeri dan tertib institusi.

“UMNO BN Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk Pakatan Harapan, supaya tidak meremehkan krisis ini dengan menyempitkannya kepada naratif ‘tebuk atap’ atau perebutan kuasa semata-mata.

“Rakyat Negeri Sembilan berhak mendapat penjelasan yang jujur tentang bagaimana krisis ini berlaku, mengapa Exco UMNO BN tidak dimaklumkan, dan bagaimana keyakinan terhadap pentadbiran negeri boleh dipulihkan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This