CALON Barisan Nasional (BN) yang akan dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu menjalani beberapa tapisan termasuk mungkin dengan jabatan agama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tapisan dengan jabatan agama itu pertama kali dilakukan supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.
Selain itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, setiap calon BN turut menjalani tapisan biasa iaitu dengan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.
Menurut beliau, pemilihan calon masih berlangsung dengan pembentangan pusingan pertama telah dilakukan oleh pengerusi badan perhubungan negeri UMNO.
“Kali kedua (perbincangan) akan diadakan. Kita pun akan buat saringan dengan polis, SPRM, (Jabatan) Insolvensi dan mungkin kali ini dengan pejabat agama.
“Pejabat kadi pun kita kena semak juga kalau ada yang kahwin dekat Siam ke.
“Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di Mahkamah Syariah ke, kalau dahulu kita tak pernah periksa, kali ini lebih terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU-15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Debat bukan budaya, tak datangkan hasil, kata PM tolak cadangan Anwar
Sementara itu, Ismail Sabri menolak ramalan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Barisan Nasional (BN) menghadapi kesukaran untuk menang dalam PRU-15.
Beliau berkata, setiap parti yang bertanding akan berasa yakin untuk menang.
“Samalah, dari segi kajian kita, mereka (Pakatan Harapan) sukar untuk menang pilihan raya.
“Semua orang masuk pilihan raya ini, semua yakin menang, kalau tak yakin seorang pun tak bertanding.
“Masing-masing kata parti dia menang, Tun Dr Mahathir Mohamad kata Gerakan Tanah Air (GTA) dia akan menang, PH kata menang, Perikatan Nasional (PN) pun kata menang, tentu sekali BN kata kita akan menang juga,” kata beliau.
Rafizi ketika berucap pada kempen ‘Ayuh Malaysia’ malam tadi mendakwa BN berdepan kesukaran untuk menang PRU-15 disebabkan majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya.
Rafizi berkata, dapatan itu berdasarkan tinjauan statistik dilakukan PKR.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

