Tumbuk di Pasar Borong KL, seorang sudah diberkas polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga asing yang bertindak menendang dan menumbuk seorang lelaki di hadapan tol keluar Pasar Borong Kuala Lumpur, ditahan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 31 tahun berjaya ditangkap di Pusat Bandar Utara pada pukul 2.22 petang.

Beliau berkata, turut dirampas serangkai anak kunci kereta bersama alat kawalan jauh yang dirampas daripada mangsa serta sehelai seluar jeans hitam yang digunakan ketika kejadian.

“Suspek mengaku menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi bersama seorang lagi rakan yang masih bebas kerana mangsa melanggar kanak-kanak yang merupakan anak jiran teman wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis buru dua individu tendang, tumbuk lelaki di Pasar Borong KL

Jelasnya, suspek juga mengaku merampas kunci kereta milik mangsa dan kunci tersebut telah dibuang di kaki lima Pasar Borong.

Eng Lai berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ditahan reman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan sebarang maklumat boleh disalurkan di Ibu Pejabat Daerah Sentul 03-40482222.

UtusanTV melaporkan, mangsa telah dipukul oleh dua lelaki berbangsa tidak pasti selepas melanggar seorang kanak-kanak yang sedang berjalan bersama ibunya.

Mangsa juga menerima rawatan di Hospital Selayang kerana mengalami kecederaan di mata serta patah tulang hidung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This