Polis buru dua individu tendang, tumbuk lelaki di Pasar Borong KL

Dari Penulis

POLIS kini mengesan dua lelaki yang bertindak menendang dan menumbuk seorang lelaki di hadapan tol keluar Pasar Borong Kuala Lumpur, 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 11 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memandu di lokasi dan secara tidak sengaja telah melanggar seorang kanak-kanak yang sedang berjalan bersama ibunya.

Katanya, kanak-kanak tersebut dipercayai hanya terkena cermin sisi sebelah kanan kereta mangsa.

“Mangsa telah memberhentikan kenderaan untuk membantu kanak-kanak tersebut.

“Namun, secara tiba-tiba datang dua lelaki berbangsa tidak pasti bertindak menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi serta merampas kunci kereta milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa kini dirawat di Hospital Selayang kerana mengalami kecederaan di mata serta patah tulang hidung.

Eng Lai berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua suspek telibat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan cedera parah.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga keamanan serta ketenteraman awam.

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang di dalam negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This