MENTERI Kabinet dalam kalangan Perikatan Nasional (PN) pernah merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak diadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat.
Ini memandangkan musim tengkujuh bakal menyusul tidak lama lagi, dalam masa sama tempoh untuk menjadi kerajaan masih berbaki agak panjang.
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin mendedahkan, bagaimanapun rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh pimpinan UMNO yang lebih menuruti kehendak Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Ketika kita kata janganlah buat pilihan raya, kami 12 orang menteri Perikatan Nasional , janganlah buat pilihan raya, janganlah buat, kalau buat kesianlah rakyat. Banjir ini kita tahu dah, saya orang Kelantan.
“Bulan 11, 12, bulan satu ini musim banjir, kita tahu itu musim banjir. Kami menteri merayu, rakyat merayu janganlah buat, masa banyak lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya, malam ini, yang turut dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Radzi menegaskan bahawa, PN akan kembali untuk menawan semula Putrajaya seperti mana pernah dilakukan suatu sama dahulu.
Malah, beliau percaya, pengundi sekarang bijak dalam memilih pemimpin dan pastinya mereka berpuas hati dengan ketokohan Muhyiddin sebagai ketua kerajaan.
“Sepanjang 17 bulan dalam tempoh kepimpinan itu, fokus kita adalah membantu rakyat, membuat yang terbaik untuk rakyat dalam tempoh yang amat-amat sukar. Tak pernah ada tempoh sesukar yang kita lalui sewaktu pandemik COVID-19
“Saya kata kali ini biar mereka menarik kita turun, mungkin ini ruang untuk kita duduk sekejap berehat dan kita akan kembali membentuk kerajaan selepas PRU-15.
“Malam ini anak-anak Putrajaya daripada pelbagai umur, pelbagai peringkat keluar menunjukkan iltizam bahawa kali inilah Putrajaya Insya-Allah akan menjadi milik Perikatan Nasional,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

