CAAM terima maklumat kemalangan udara babitkan sebuah helikopter di Cameron Highlands

Dari Penulis

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopterĀ berhampiran Tanah Rata diĀ Cameron Highlands, Pahang pada pukul 1.03 tengah hari hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dalam satu kenyataan berkata helikopter jenis Airbus AS 355 F2 itu dikendalikan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, membawa seorang juruterbang dan lima penumpang ketika kemalangan.

Voo berkata helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-SSW itu berlepas dari Kampung Gawin, Kelantan ke Tanjung Rambutan, Perak pada 12.20 tengah hari.

Beliau berkata Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di Sepang diaktifkan segera pada 1.11 tengah hari.

Baca artikel : Helikopter bawa petugas kesihatan terhempas di Cameron Highlands

ā€œUnit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian 19 minit kemudian dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan,ā€ katanya.

Voo berkata siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian 26 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lima anggota pasukan perubatan serta seorang juruterbang selamat dalam kemalangan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This