Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PETISYEN ‘Remove Rohingya from Malaysia’ yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di negara ketiga telah mendapat 319,546 tandatangan setakat Jumaat.

Petisyen di platform change.org itu dilancarkan oleh akaun Aku Anak Malaysia pada 29 Mei itu dengan menyasarkan sejuta tandatangan.

Menurutnya, peningkatan jumlah etnik Rohingya telah memberi tekanan terhadap sumber, infrastruktur dan perkhidmatan sosial negara, sekali gus menuntut pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian tuntas.

“Kami memahami aspek kemanusiaan dalam situasi itu, tetapi kami percaya pendekatan semasa tidak mampan.

“Adalah penting bagi Malaysia untuk mengutamakan kebajikan dan kestabilan rakyatnya sendiri sambil mengusahakan penyelesaian yang berperikemanusiaan untuk pelarian. Marilah kita bersatu demi kemajuan bangsa,” katanya.

Pada masa sama, penganjur turut menggesa kerajaan merangka pelan menyeluruh bagi menangani isu tersebut berikutan wujudnya kebimbangan berkaitan aspek keselamatan.

Kontroversi membabitkan etnik berkenaan mula mendapat perhatian susulan aduan penduduk mengenai pengurusan sisa selepas penyembelihan lembu untuk ibadah korban, ia mencetuskan perdebatan hangat mengenai kehadiran pelarian Rohingya di Malaysia.

Aduan yang pada awalnya tertumpu kepada aspek kebersihan kemudiannya berkembang menjadi perbahasan lebih luas di media sosial mengenai status dan peranan komuniti Rohingya di negara ini.

Terdahulu, Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan sebarang tuntutan penempatan Rohingya telah menyentuh sensitiviti kedaulatan negara.

Beliau menyifatkan sebarang tuntutan yang mendesak Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian sebagai tindakan yang tidak wajar kerana ia menyentuh sensitiviti kedaulatan negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This