PELAKON Wawa Zainal mengakui tidak sengaja menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya menerusi sebuah klip video yang dikongsikan di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menurut Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin,31, penampilannya masih sama seperti sebelum ini dan tetap menutup aurat sekaligus menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia sudah berubah.
Namun, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu mengakui terkhilaf sewaktu merakamkan video bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa sehingga mendedahkan auratnya.
“Insya-Allah kita perbaiki dari semasa ke semasa. Ayat mereka (netizen) makin kaya makin singkat. Apa? Tak adalah. Semua orang Islam nak perbaiki diri.
“Memang video tersebut idea daripada saya dan suami tapi yang terlibat dalam produksi itu ialah pekerja kami,” katanya kepada URTV.
wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, malam semalam.
Terdahulu, warganet meluahkan rasa terkilan dengan penampilan gaya tudung Wawa yang tidak sesuai dengan dirinya sebagai wanita berhijab.
Malah, ada juga sesetengah pengguna laman sosial menegur dan menitipkan pesanan agar Wawa menitikan beratkan penjagaan aurat mengikut hukum Islam yang betul.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

