KEPUTUSAN Perikatan Nasional (PN) untuk menolak pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan bukan kerana takut.
Namun, ia bertitik tolak kepada rakyat yang kini berdepan saat sukar ekoran daripada keadaan ekonomi tidak menentu selain kesan penularan COVID-19.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan, jumlah rakyat yang berada pada paras miskin kini meningkat daripada 40 peratus kepada lebih 61 peratus selepas berakhirnya wabak pandemik.
“Kita tak setuju supaya Parlimen dibubarkan bukan pasal kita takut, apa orang Putrajaya takut, tak takut, kita tidak mahu diadakan pilihan raya pertamanya soal rakyat kita hari ini hidup tertekan.
“Susah, menghadapi banyak masalah selepas kita melalui satu tempoh masa lebih dua tahun pandemik COVID yang melanda dunia dan Malaysia.
“Hari ini jumlah rakyat kita yang sudah jatuh miskin bertambah, peratusnya meningkat kepada lebih 61 peratus, maknanya apa, bilangan keluarga isi rumah yang telah jatuh ke paras miskin bertambah ramai,” katanya.
Baca artikel lain: Radzi Jidin calon PN di Parlimen Putrajaya pada PRU-15
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya, malam ini.
Muhyiddin menegaskan, beliau rela digelar sebagai pengkhianat oleh Pakatan Harapan (PH) daripada menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau mendedahkan, pengalaman kerjasama dengan PH berbeza dengan apa yang beliau pernah alami ketika bersama Barisan Nasional (BN).
“Kita duduk dalam Kabinet, saya Menteri Dalam Negeri…saya rasa luar biasa, saya pernah berada dalam banyak Kabinet sebelum ini, Kabinet PH bila Tun Mahathir adalah Perdana Menteri ia sangat berbeza.
“Bukan kerana beliau berbeza tetapi anggota Kabinet melibatkan PKR dan DAP. Yang Menteri Sumber Manusia ini…dia tunggu bila saya tak hadir dalam Kabinet dia bawa benda yang baru.
“Saya tak boleh tahan, tak boleh, lagi lama Bersatu kita ini duduk situ, lagi merosot sokongan kita kerana orang Melayu tahu. Bukan saya keluar, seluruh parti kata kita kena keluar daripada masalah ini,” katanya lagi.
Pada masa sama, beliau menegaskan, sekiranya PN diberi mandat untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya kelak, Bajet 2023 yang telah dibentangkan akan dilaksanakan.
Namun begitu, katanya, mungkin akan ada satu atau dua perkara di dalam bajet berkenaan diubah mengikut kesesuaian matlamat dan gagasan parti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

