Ekonomi meningkat, nilai ringgit kukuh wujudkan ‘feel-good factor’ kepada rakyat

Dari Penulis

PENINGKATAN ekonomi yang semakin baik, ditambah dengan pengukuhan nilai mata wang ringgit ketika ini mewujudkan ‘feel-good factor’ kepada rakyat.

Demikian ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melihat ia menjadi penyumbang kepada suasana positif rakyat, tanpa mengira latar belakang.

“Ini juga menjadi pemangkin kepada kita semua, rakyat Malaysia, untuk terus bersatu dan mendukung cita-cita kerajaan dalam membina perpaduan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, melingkari semuanya ini, rakyat harus mengekalkan semangat perpaduan selain bersama menyokong aspirasi Kerajaan MADANI.

Ini katanya, bagi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan makmur.

Terdahulu beliau mahu umat Islam menjadikan Ramadan ini sebagai medan terbaik memperbaiki kelemahan diri di samping memperkukuh perpaduan.

Ia juga jelasnya, menjadi platform sesama ummah mengeratkan ukhuwah termasuk perpaduan melibatkan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden dan pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Acara tradisi itu diadakan sejurus selepas masyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This