Khai Bahar tak ambil hati netizen nak ‘kenenkan’ dengan…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Khai Bahar tidak mengambil serius dengan usikan nakal peminat yang mahu dirinya bercinta dengan pengacara, Hawa Rizwana.

Ia berikutan Hawa yang juga penyampai berita itu tampil sebagai heroin dalam muzik video single terbaharunya berjudul Oh Wanita.

ujar Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin,28,dia sudah biasa dengan komen-komen netizen dan turut mengakui penyanyi lain juga turut merasai hal yang sama.

“Pada saya kalau nak ‘kenen-kenen’ sekadar untuk gurauan, saya okay saja. Tapi jangan sampai terlalu seriuslah

“Penyanyi lain pun ada juga rakan duet dan mereka pernah lalui perkara sama seperti ini.

“Termasuklah pelakon pun ada juga peminat nak ‘kenen-kenen’ sebab lakonan yang ditonjolkan nampak serasi dan mereka (peminat) mahu artis kesayangan mereka jalin hubungan cinta di dunia realiti,” katanya ketika ditemui URTV, baru-baru ini.

Khai Bahar anggap komen nakal netizen hanya gurauan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai muzik video Oh wanita, Khai menzahirkan penghargaan kepada Hawa kerana sudi untuk menerima pelawaan daripada pihaknya.

“Saya gembira Hawa dapat bekerjasama dengan saya menerusi muzik video Oh Wanita kali ini.

Khai Bahar tidak ambil hati dengan usikan nakal peminat. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sebenarnya sebelum ini, pihak saya pernah mempelawa dia untuk tampil dalam muzik video single terdahulu, tapi Hawa tidak dapat memberikan komitmen disebabkan jadualnya yang padat.

“Saya berpuas hati dengan apa yang dia berikan dalam muzik video terbabit,” jelasnya.

Terdahulu, netizen pernah mengaitkan Khai untuk bercinta dengan Siti Nordiana dan Aina Abdul memandangkan mereka dilihat sebagai pasangan duet yang serasi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This