Sedapnya rendang daging Minang ini. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba yang sangat menyelerakan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang
2 liter santan
20 tangkai cili kering – kisar
2 helai daun kunyit
4 helai daun salam
3 batang serai – ketuk
3 sudu besar kerisik
Sedikit gula
Sedikit garam
BAHAN TUMBUK:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 cm kunyit
CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging batang pinang dipotong sederhana lebar. Bersihkan.
2.Jerang di dalam kuali, daging, cili kisar dan bahan tumbuk sehingga daging sedikit kecut.
3.Masukkan santan, daun kunyit, daun salam dan serai. Masak di atas api sederhana kecil. Hanya kacau sesekali santannya.
4.Apabila sudah hampir kering, masukkan kerisik dan gaulkan rata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Resipi : Nor Suria Khamis
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
@majalahsaji Dendeng Bakar Cafe viral di Kampung Baru kini telah berpindah ke Kajang. Jom serbu! #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #fyp ♬ Panah Asmara Speed Up – abil bil bil bil
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

