Meningkat lebih 18 peratus, RM600 juta diperuntuk kepada pekebun kecil tahun depan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KOMODITI adalah sektor penting yang menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kerajaan sentiasa komited memastikan inisiatif serta bantuan disalurkan demi kesejahteraan komuniti pekebun kecil.

Atas faktor itu, kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar kepada golongan itu pada tahun hadapan iaitu peningkatan sebanyak 18.1 peratus berjumlah RM600 juta berbanding RM508 juta tahun ini.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan, kenaikan jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun hadapan sekiranya terus diberikan mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, sebelum ini kerajaan mengumumkan peruntukan RM191 juta bagi BMT yang melibatkan seramai 232,319 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Kesemua pekebun kecil bakal menerima bantuan sebanyak RM600 yang disalurkan secara berperingkat iaitu RM300 pada bulan hadapan dan RM300 pada bulan Disember ini.

“Insya-Allah pada tahun depan, jika kerajaan saya dipilih semula pada PRU-15, BMT ini akan ditambah sebanyak RM200 kepada RM800 dengan peruntukan sebanyak RM256 juta selama empat bulan kepada pekebun kecil Risda dan Felda seramai 320,000 orang,” katanya.

Baca artikel lain: Saya terbuka berdepan mana-mana calon di Bera – Ismail Sabri

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia @ Bera, hari ini .

Ismail Sabri berkata, pada Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion kepada sektor komoditi yang turut melibatkan Risda sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti.

Katanya, antara inisiatif dilaksanakan bagi memajukan sektor komoditi adalah seperti RM315 juta bagi Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil untuk manfaat 387,000 pekebun kecil.

Katanya lagi, selain Program Pembangunan Semula Hasil Baharu bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu seperti tanaman makanan jangka pendek dengan peruntukan RM40 juta.

“Kerajaan sedar betapa pentingnya sektor penanaman getah kepada peningkatan ekonomi negara dan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Sebagai contoh tanaman getah adalah satu-satunya komoditi yang masih diberi bantuan penuh oleh kerajaan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sekiranya harga pasaran getah berada di bawah paras RM2.50 sekilogram.

“Besarlah harapan saya agar semua pekebun kecil terutama di negeri Pahang untuk terus mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui program dan bantuan pembangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Risda,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This