20 lelaki berpakaian wanita ditahan dalam serbuan Op Bersepadu

Dari Penulis

TINDAKAN 20 lelaki warga tempatan yang berpakaian dan berlagak seperti wanita mengundang padah apabila ditahan dalam satu serbuan Op Bersepadu di pusat hiburan Jalan Sultan, Kuala Lumpur, 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, operasi terbabit melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta Bahagian Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata, 20 lelaki berusia 22 hingga 34 tahun itu dibawa balik oleh JAWI bagi siasatan di bawah Seksyen 28 AKta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengulas lanjut, dalam operasi terbabit, seramai 53 lelaki dan 9 wanita berusia 19 hingga 57 tahun telah diperiksa.

Baca artikel : Lima kali diserbu, pusat hiburan degil masih beroperasi

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 29 tahun didapati positif THC dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, beliau akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti yang jelas tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This