SUSULAN kenyataan pelakon Kazar Saisi yang berpendapat isu meruntuhkan rumah tangga orang lain yang membabitkan anak perempuannya, Ira Kazar, bukan masalah besar ternyata mengundang perhatian aktres Puteri Sarah Liyana.
Menerusi entri di Instagram, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,37, turut memuat naik paparan skrin sebuah portal hiburan yang bertajuk “Kalau boleh berdamailah, bukan masalah besar sangat”- Kazar itu telah menarik perhatian warganet di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu anak jadi orang ketiga : Kazar anggap bukan masalah besar, mahu semua pihak berdamai
Malah, Sarah turut meninggalkan kapsyen “Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang…”, dan meminta para pengikutnya membincangkan topik berkenaan.
“Bukan masalah besar…#berdamai..senangnya cakap…oooh lupalah yang kena kebas itu pula jutawan, mana tak kisahnya. Allahuakbar.
“Kalaulah kena dekat keluarga sendiri baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Kenapa sanggup keluar kenyataan macam itu.
“Ujian besar sungguh buat Puteri Sarah. Moga ada keadilan buat awak dan anak-anak. Jika niat mereka tidak baik, moga Allah lindungi kamu daripada disakiti dan dilukai.
“Buat Kazar dan Ira, Allah tak pernah tidur. Sentiasa tahu niat seseorang itu,” tulis seorang warganet di ruangan komen.
Rata-rata pengikut yang meninggalkan komen dan pendapat adalah golongan wanita yang sentiasa memberi sokongan kepada Sarah untuk terus sabar berdepan dugaan.
“Dia ni tak terkena dekat keluarga sendiri. Andai satu hari ada perosak yang meruntuhkan rumah tangga keturunan dia, baru dia tahu rasa. Boleh terjadi dekat rumah tangga anak-anak dia pula lepas ini. Beringatlah sedikit.
“Gila ke apa, siapa yang cari pasal dulu ya? Sapa yang kacau rumah tangga orang dulu. Macam anak dia pula yang mangsanya.
“Peliklah bila bapa sokong anak buat benda tak elok.
“Patut anak dia makin maju tak nak berundur. Mak dan bapanya menyokong penuh. Siapa tak nak kahwin dengan orang kaya. Adoi si bapa pun, bukan masalah besar. Cuba madukan bini sendiri, nak tengok melatah ke tidak anak dan bini tu,” komen beberapa netizen lagi.
Selain warganet, rakan-rakan artis turut tidak ketinggalan meninggalkan komen dengan kata-kata semangat buat Sarah.

