Pemilihan calon PN tanpa hentak meja, jauh sekali bertengkar – Muhyiddin

Dari Penulis

PROSES pemilihan calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung lancar dan hormat-menghormati tanpa berlakunya hentak meja jauh sekali bertengkar dan bergaduh.

Itu pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon gabungan parti politik itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Presiden Bersatu itu berkata, proses pemilihan calon cukup sukar memandangkan ramai tokoh dalam PN namun jumlah kerusi dipertandingkan tidak banyak iaitu 222 kerusi.

Namun katanya, pucuk pimpinan parti menentukan jumlah kerusi yang dipilih untuk ditandingi.

“Saya nak maklumkan di sini, rundingan kerusi antara parti dalam PN sudah selesai.

Sebahagian daripada penyokong yang hadir ke Majlis Pengumuman Bakal Calon PRU-15 Perikatan Nasional di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Alhamdulillah tidak ada yang berhentak meja jauh sekali daripada bertengkar dan bergaduh, molek sahaja, comel loteh sahaja, berjalan dengan lancar sahaja dengan hormat menghormati.

“Bagaimana saudara boleh fikir Pas dengan Bersatu boleh duduk semeja tetapi sekarang kita sudah menjadi sahabat yang cukup karib dan rapat,” katanya semasa berucap dalam majlis itu malam tadi.

Mengulas lanjut, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu mengingatkan jentera PN agar terus bersemangat tinggi untuk menghadapi PRU-15 sebagai perjuangan untuk negara.

Beliau berkata, mereka bertanggungjawab sebagai bentuk jihad untuk memastikan negara tidak jatuh kepada tangan-tangan kleptokrat, perasuah, kluster mahkamah dan kumpulan yang tidak mendukung semangat juang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia serta pengkhianat negara.

“Ini tugas kita, ini tanggungjawab kita, kita jangan benarkan mana-mana kumpulan sebegini mengambil teraju negara kita dan terus merosakkan negara kita.

“Jadi anda ada tanggungjawab ini. Ia suatu amanah, jangan saudara fikir kita bekerja hanya untuk parti sahaja kerana kita perlu bangkit bekerja untuk jaga negara daripada jatuh kepada tangan-tangan puak tidak beramanah yang membuat kerosakan kepada negara kita.

“Ia tanggungjawab besar bukan perkara kecil. Di hadapan kita ialah pejuang yang mesti tidak takut mati. Jangan tidur atau leka sentiasa ada di mana-mana sahaja untuk sampaikan risalah kita agar rakyat terima dan faham bahawa ini adalah perjuangan Perikatan Nasional,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This