Dua beranak antara tujuh ditahan disyaki terlibat edar dadah

Dari Penulis

Dua beranak antara tujuh individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru pada 3 dan 4 Nov lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai dalang sindiket itu dan anak lelakinya berusia 17 tahun ditahan secara berasingan bersama lima yang lain di sekitar Taman Pelangi, Ulu Tiram dan Pelangi Indah, di sini.

“Kesemua tujuh individu itu merupakan warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki, seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan berusia antara 17 hingga 47 tahun.

“Polis turut merampas 216 kilogram ganja bernilai RM540,257, 13.11 gram ketamin bernilai RM1,966 dan 30 biji pil ekstasi bernilai RM450 dengan keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM542,674,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah mendapatkan bekalan dadah dari negeri utara dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Menurut Kamarul Zaman, sindiket yang dipercayai aktif sejak Ogos lepas itu didapati menyewa dua rumah dengan satu daripadanya dijadikan stor penyimpanan dadah manakala aktiviti pembungkusan dilakukan di pangsapuri sebelum dadah diedar di negeri ini.

Beliau berkata selain dadah, polis turut menyita dua kereta, sebuah motosikal dan wang tunai RM5,000.

Katanya hasil saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif terhadap dadah jenis THC dan methamphetamine manakala seorang daripada mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kesemuanya kini direman hingga 11 Nov ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Monday , 07 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This