SEORANG pemilik rumah inap nekad memotong kunci pengapit tayar selepas kena “clamp” gara-gara parkir diluar waktu dibenarkan.

Kejadian berlaku di Apartment G Residence, Johor Jaya, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima makluman daripada pengawal keselamatan apartmen terbabit pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata, pengawal keselamatan bertindak mengunci tayar kereta kerana suspek meletak kenderaan di aras bawah pada waktu yang tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun, kes tidak disiasat oleh pihak polis dan laporan yang dibuat hanya sebagai rujukan dan tindakan pihak pengurusan apartmen tersebut,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Baca artikel ; Payung terjun gagal berfungsi, anggota tentera patah tulang pinggang

Semalam, tular sebuah rakaman memaparkan aksi seorang lelaki membuka kunci pengapit tayar dengan menggunakan alat pemotong.

Rakaman terbabit dimuat naik oleh Perliere Malaysia yang mendakwa suspek telah melanggar peraturan apartmen tersebut buat kali kedua.

“Dia membeli beberapa buah apartmen di sini homestay, tetapi apartmen ini telah menetapkan dengan jelas bahawa ia tidak dibenarkan, dan kemudian semua kereta mesti diletakkan di tempat letak kereta mereka sendiri.

“Bagaimanapun, pelanggan kepada lelaki ini meletakkan kereta di tingkat bawah dan dikunci oleh pengawal keselamatan,” kata hantaran itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram