Pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal disahkan maut selepas terjatuh daripada tingkat 22 sebuah apartmen di Taman Iskandar, Johor Bahru pada 12.50 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam yang menemui mayat seorang wanita pada pukul 12.50 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah.

“Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca artikel :Pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Terdahulu UtusanTV melaporkan pelakon Oh My Hantaran, Syazlin Zainal meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsikan sendiri rakan baiknya iaitu Zeatyalia di Instagram Story miliknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram