Remaja perempuan 13 tahun maut terjatuh tingkat 16 kondominium

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah sebuah kondominium dekat George Town.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian yang berlaku di Tanjung Tokong petang semalam itu melibatkan remaja berusia 13 tahun.

Jelasnya, siasatan mendapati remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat lapan kondominium pada 5.49 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, selain Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This