Remaja wanita tahan sakit hampir 3 jam tersangkut celah bongkah batu

Dari Penulis

SEORANG remaja perempuan terpaksa menahan sakit hampir 3 jam selepas tersangkut celah bongkah batu di Pantai Matras, Sungailiat, Indonesia pada 5.30 petang kelmarin.

Memetik laporan Bangkapos.com, kejadian berlaku sewaktu mangsa, Bunga Febri Lestari,16, bersama rakannya ke pantai itu bagi melihat keindahan Pantai Matras di atas bongkah batu.

Secara tiba-tiba, kunci motosikal telah terjatuh di celah batu dan Bunga kemudian cuba mengambil kunci tersebut.

Bagaimanapun, Bunga terjatuh sebelum tersangkut di dalam lubang dan tidak dapat keluar.

Melihat kejadian tersebut, orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu Bunga untuk keluar, tetapi tidak berjaya.

Malah, menerusi rakaman klip video kejadian juga memaparkan saiz celahan lubang batu tersebut lebih kecil daripada badan Bunga.

Baca artikel : Lelaki disangka mati, hidup kembali ketika keranda dibuka

Difahamkan, Bunga berjaya diselamatkan pada pukul 8 malam dengan bantuan orang ramai serta beberapa badan pasukan penyelamat

Menurut Ketua Pasukan Penyelamat Sekaban, M Achin, pihaknya terpaksa menggunakan jengkaut bagi mengeluarkan mangsa.

“Kami mengalami kesukaran untuk memindahkan mangsa, jadi kami terpaksa mengupah jengkaut untuk mengangkat batu,” katanya.

Sementara itu, anggota Bhabinkamtibmas, Bripka Atletico B berkata, Bunga mengalami kecederaan ringan dan keadaannya amat lemah ketika diselamatkan.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

“Mangsa kini sudah selamat di kediamannya,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This