Polis sahkan terima laporan kes dera wanita dekat Kajang

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden tular seorang lelaki mendera wanita di daerah Kajang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan tindakan sedang dijalankan.

Sejak semalam, tular sebuah klip video memaparkan aksi seorang wanita didera seorang lelaki di sebuah rumah.

Lebih menyayat hati, kejadian tersebut dilihat oleh seorang kanak-kanak perempuan yang menangis meminta tolong kepada individu yang merakamkan kejadian.

Baca artikel : Suami pukul, tendang isteri dekat Klang ditahan polis

Mangsa yang bertudung coklat itu dilihat ditarik masuk ke kawasan dapur sebelum dipukul, ditendang dan disepak beberapa kali oleh lelaki tersebut.

Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut turut disaksikan seorang wanita bertudung kelabu dan tiada tindakan dilakukan bagi menghentikan perbuatan dera tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This