Kelihatan Jemaah duduk sambil mendengar khutbah Jumaat. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEMPENA hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok rakyat diingat untuk melakukan pilihan dengan hati, akal dan fikiran yang waras dengan menilai sifat, watak, sikap serta pendirian calon.

Teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk ‘Pemilihan Ulil Amri’ itu turut mengajak rakyat memilih calon jujur serta ikhlas dalam perjuangan mereka.

Menurut teks khutbah tersebut, pilihan raya memberikan hak kepada rakyat menentukan sama ada mahu mengekalkan corak politik negara serta pemimpin sedia ada atau memilih untuk menukarnya.

Justeru, khutbah menyenaraikan dua sifat utama calon Ulil Amri atau pemimpin yang bakal dipilih iaitu al-qawi bermaksud berkemampuan dan al-amin bermaksud amanah, bertanggungjawab serta berintegriti.

“Pilihlah calon yang memiliki peribadi yang jujur dan ikhlas, memiliki akhlak dan budi pekerti mulia, berilmu dan berpengetahuan, mengamalkan gaya hidup sederhana serta tidak memperagakan kemewahan secara keterlaluan.

“(Selain itu) buktikan azam memerangi rasuah melalui kertas undi kita dengan menolak dan tidak memberikan undi kepada calon-calon yang memiliki imej rasuah atau terpalit dengan lumpur rasuah.

“Buktikan tekad kita menolak rasuah, dengan tidak membenarkan diri kita boleh dibeli dengan sogokkan wang hingga kita memilih calon kerana dipengaruhi dengan sampul surat yang mengandungi wang.

“Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, walau apa jua keputusan Pilihan Raya Ke-15, ummah wajib menerimanya dengan hati yang terbuka serta reda dengan ketentuan ilahi,” hurai khutbah Jumaat tersebut.

Baca artikel lain: Keputusan kes MH17 jadi tanda aras penting cari kebenaran – PM

Teks khutbah memberitahu, ayat 42 surah al Maidah yang khatib bacakan menjelaskan mengenai orang-orang yang wajib dijauhi dan tidak dipilih untuk menjadi pemimpin.

“Pertama: Orang-orang yang gemar mendengar atau mereka cipta berita palsu. Kedua: Orang-orang yang suka memakan sumber yang haram seperti melakukan rasuah dan pecah amanah.

“Allah SWT memerintahkan agar kita menghukum mereka yang berperangai dan bersifat demikian dengan seadilnya, dengan berpaling daripada mereka, iaitu tidak sama sekali berurusan dengan orang sebegini, jauh sekali daripada mengangkat mereka menjadi pemimpin,” katanya.

Khutbah berkata, rakyat mengharapkan, pasca pilihan raya akan terbentuk sebuah kerajaan yang dapat memenuhi harapan merangkumi peluang pekerjaan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pelbagai lagi.

Rakyat juga mahu melihat nilai ringgit kembali kukuh, beban hutang dan tanggungan negara berjumlah 1.4 trilion ringgit dapat dikurangkan, rasuah dihapuskan dan negara kembali dihormati di peringkat antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram