PDRM membuka 25 kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) melibatkan kesalahan menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik serta calon. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEMUA penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terutama di jalan-jalan awam.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Beliau berkata pasukan polis bersiap sedia mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU-15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram