POLIS mengesahkan kejadian kekecohan di Parlimen Tanah Merah tidak ada kaitan dengan proses pembuangan undi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian tersebut disebabkan masalah dalam kalangan ahli dan penyokong sebuah parti politik.

“Ia tidak berlaku di premis yang terlibat dengan proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis dalam menentukan keamanan dan ketenteraman awam bukan sahaja melihat kepada proses pilihan raya tetapi keseluruhannya.

“Sekiranya terdapat apa-apa yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam, pihak polis akan bertindak bagi mengelakkan perkara yang serius,” ujarnya.

Baca artikel : PRU-15: Pakai vest lambang Pas, Bersih gesa siasat Abdul Hadi

Muhamad Zaki berkata, perkara tersebut telah dapat diselesaikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram