Tiada insiden buruk atau luar biasa dilaporkan kepada pihak polis setakat ini ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedang berlangsung, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Setakat ini proses mengundi terkawal,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas, Batu Caves, hari ini.

Hari ini adalah hari pengundian bagi PRU15.

Baca artikel : Ketua Polis Negara tinjau pusat mengundi di ibu kota

Acryl Sani berkata polis hanya menerima rungutan orang ramai mengatakan tempoh menunggu untuk mengundi begitu lama, hingga ada yang mengambil masa lebih dua jam. 

“Pengundi berpusu-pusu keluar mengundi, nampaknya mereka tidak begitu mengikuti masa cadangan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

Setakat 12 tengah hari, menurut SPR kira-kira 42 peratus telah keluar mengundi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih termasuk  20,853,681 pengundi biasa.

— BERNAMA

Saturday , 19 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram