PRU-15: Kelebihan pada PN bentuk kerajaan campuran

Dari Penulis

BERLALULAH sudah PRU-15 dengan aman damai tanpa sebarang kekecohan. Ia adalah petanda baik bahawa, di sebalik ketidaktentuan politik, negara ini kekal aman makmur dan rakyatnya berbilang kaum dan agama, komited mengekalkan
kesejahteraan dan keharmonian.

Syabas kepada semua rakyat negara berdaulat ini. Terima kasih kepada jentera pentadbiran kerajaan yang menggalas amanah
dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Kini kita semua menunggu apakah bentuk kerajaan yang akan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah, bagi membantu Baginda mentadbir negara.

Dalam pada itu, pengundi telah mencetuskan beberapa kejutan, diantaranya:
Di Semenanjung Tanah Melayu:
 Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini dilihat sebagai underdog,
mencipta kejutan dan mengambilalih peranan sebagai polar politik baharu, menguasai “blok politik luar bandar”, menggantikan BN. Syabas diucapkan kepada gandingan Bersatu-PAS yang membentuk PN.

 Pakatan Harapan (PH), sebagai polar politik yang selama ini adalah seteru kepada BN, menerima tamparan hebat. Popularitinya menurun kerana prestasi PKR yang gagal meyakinkan pengundi bahawa PH yang diterajuinya adalah opsyen terbaik untuk dipilih, tatkala PN dan BN berseteru sesama mereka. Niatnya untuk menumpaskan BN, tanpa disedari, ia hampir tewas kepada PN. Terdapat beberapa konstituensi di bandar yang mula menjauhi PH kerana DAP dilihat terlalu ekstrem.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: Muhyiddin terima kunjungan Abang Johari, jamin kerajaan dibentuk masa terdekat

Di Sarawak, GPS yang merupakan gabungan tiga parti utama, diterima dan diperakui pengundi mampu mengembalikan dominasinya apabila rakyat Sarawak melihat gagasan ini lebih stabil dan memaparkan hala tuju pembangunan negeri
dengan lebih adil dan saksama. Syabas GPS.

Di Sabah, model gagasan menyamai GPS di Sarawak, iaitu GRS, mula menunjukkan tanda positif untuk menerajui gagasan beberapa parti politik tempatan. Ia sekaligus memaksa UMNO mempertimbangkan hasratnya untuk mendominasi politik di negeri ini.

Apa pun, kini terserah kepada kebijaksanaan yang di-Pertuan Agong untuk berunding dengan dua gagasan utama iaitu PN dan PH, untuk salah satu daripadanya memiliki sokongan majoriti dalam kalangan 222 wakil rakyat, membentuk kerajaan yang stabil, bagi membantu Baginda mentadbir negara berdaulat ini.

Kelebihan ada pada PN yang pernah mentadbir negara dan dilihat lebih mesra dengan tiga gagasan yang compatible untuk bersekutu dengannya, membentuk kerajaan campuran. Kepadanya kami sandarkan harapan agar sengketa politik reda dan negara kembali ke landasan kemakmuran yang lebih stabil dan lestari.

Penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This