Teringin nak makan kek? Apa kata cuba resipi kek coklat berempah ini. Sedap dan lembut, sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

BAHAN A
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan susu cair

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula halus 250 gm mentega
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan semua bahan A kecuali susu cair ke dalam periuk kecil. Masak dan kacau rata hingga pekat serta berkilat. Sejukkan.
2.Selepas itu barulah masukkan susu cair. Kacau rata dan keluarkan bunga lawang.
3.Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula halus hingga kembang. Kemudian pecahkan telur satu persatu dan masukkan esen vanila. Pukul hingga kembang.
4.Seterusnya masukkan tepung dan serbuk kayu manis. Selang selikan dengan pes coklat tadi. Pukul hingga rata dan sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 40 minit hingga masak dalam ketuhar pada suhu 175ºC.

Resipi: Zulhayati Mamat

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram