OLEH: SYED SAGGAF
PIALA Dunia kini kembali dan kali ini, sangatlah membanggakan kerana benua Asia telah diberi penghormatan sekali lagi untuk menganjurkan kejohanan gilang gemilang ini.
Kali terakhir Piala Dunia singgah di benua Asia adalah pada 20 tahun yang lalu dengan Jepun dan Korea merupakan negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah kejohanan empat tahun sekali ini.
Apa yang lebih unik adalah Qatar merupakan negara Islam pertama diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah.
Tedapat banyak lagi keistimewaan tentang pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia. Mengikut saiz negara, di dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, Qatar adalah negara paling kecil yang pernah diberikan kepercayaan ini.
Selain itu, penganjuran di dalam bulan November dan Disember juga merupakan kelainan ketara kerana secara lazimnya, Piala Dunia dianjurkan pada musim panas sekitar bulan Jun dan Julai.
Oleh kerana suhu panas yang keterlaluan di Qatar pada bulan bulan tersebut, maka kejohanan kali ini dianjurkan di bulan musim sejuk. Selain itu, ini juga piala dunia pertama yang dianjurkan di hanya sebuah ibu kota dengan kesemua perlawanan bakal diadakan di Doha.
Ramai yang memberi fokus kepada dua lagenda bola sepak di zaman ini iaitu Lionel Messi dari Argentina dan Cristiano Ronaldo dari Portugal. Ini merupakan peluang terakhir mereka di dalam penampilan terakhir mereka di pentas piala dunia untuk diberi hak digelar sebagai juara dunia.
Namun, kita juga tidak boleh melupakan bahawa Piala Dunia kali ini juga memberi ruang dan peluang kepada bakat bakat baharu yang boleh menandingi kedua-dua legenda ini di satu hari.
Baca artikel berkaitan: Itali ‘terciduk’ lagi, gagal layak ke Piala Dunia 2022
Kita berpeluang melihat penampilan sulung beberapa nama yang dijangka akan mendominasi dunia bola sepak suatu masa nanti seperti bintang Jerman, Jamal Musiala, bintang England Phil Phoden, Gavi dari Sepanyol, Takefusa Kubo dari Jepun, Rodrygo dari Brazil, dan Gio Reyna dari Amerika Syarikat.
Tidak juga ketinggalan bakat-bakat seperti Kylian Mpabpe dari Perancis, Neymar dari Brazil, Kevin De Bruyne dar Belgium dan Harry Kane dari England.
Walau bagaimanapun, dunia kini memberi perhatian penuh kepada Qatar 2022 sebagai penganjur. Mereka telah membelanjakan jumlah wang yang banyak, bukan sahaja membina stadium baharu serba moden dah canggih, akan tetapi menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di sekitar Doha.
Ini semua dilakukan bukan sahaja untuk menerima kedatangan 32 pasukan yang bertanding, akan tetapi, jutaan peminat yang dijangka membanjiri Doha sepanjang pertandingan.
Jadi, marilah kita berlapang dada dengan perbezaan pendapat mengenai penganjuran Qatar 2022. Bola sepak selalunya mempunyai kuasa untuk menyatukan dan marilah kita menikmati 64 perlawanan dalam tempoh satu bulan yang bakal disajikan di dalam Piala Dunia 2022.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

