Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam. - FB BN COMMS

RUNDINGAN Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) sudah selesai dan hasilnya akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, diikuti mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pagi esok.

Sumber kepada Berita Harian memaklumkan, proses seterusnya adalah membentangkan keputusan hasil perbincangan dalam dua mesyuarat terbabit kepada 30 Ahli Parlimen BN.

Jawatankuasa dianggotai Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut menganggotainya adalah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup,

“Semasa proses rundingan dengan PH, Datuk Seri Ismail Sabri tidak dilibatkan dan rundingan dengan PN pada hari ini tidak dihadiri Datuk Seri Ahmad Zahid kerana beliau demam, sebaliknya diketuai Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan. Semua keputusan akan ditentukan oleh MKT UMNO dan Dewan Tertinggi BN,” kata sumber itu, hari ini.

Katanya lagi, rundingan oleh BN, sama ada dengan PH atau PN adalah keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Malam ini, Datuk Seri Mohamad Hassan akan bawa ke mesyuarat MKT UMNO untuk pandangan MKT. Esok pagi, akan bawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 Ahli Parlimen BN,” kata sumber berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram