PH lebih beradab, kenapa PN sombong dan bongkak? soal Ketua Pemuda UMNO

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) lebih beradab berbanding kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Hal itu menurut beliau kerana kepimpinan PH lebih gentleman dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama membentuk kerajaan persekutuan.

Sebaliknya, tegas beliau, PN masih mengulangi perbuatan lama dengan membuat dealing secara senyap-senyap dan mencuri 10 Orang Ahli-Ahli Parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. 

“Sebab itulah, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali. 

“Kononnya, PN sudah cukup ‘numbers’, bilangan Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca lagi: Asyraf sudah kenal pasti masalah di Gerik, mampu selesaikan jika diberi mandat

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, PN mula menyatakan kesedian untuk bertemu pada hari ini adalah selepas 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, hal tersebut dilakukan selepas PN dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Muhyiddin tidak mempunyai bilangan SD yang cukup.

“Ramai bertanya mengapa kepimpinan BN berada di Hotel St Regis bertemu dengan kepimpinan PN?

“Sebenarnya pertemuan ini selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.

“Dua hari lepas kepimpinan PH hadir bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam ini akan memperhaluis tawaran PH dan PN sekaligus akan akur dengan titah Seri Paduka agar BN memberi sokongan untuk pembentukan kerajaan persekutuan.

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak Titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan?,” tambahnya.

Untuk rekod, Asyraf mencipta sejarah tersendiri apabila tewas buat kali kedua dalam cubaannya menjadi ahli Parlimen menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

Lebih malang, Asyraf dalam PRU15 tewas di Parlimen Gerik, yang merupakan kubu kuat BN.

Pada PRU-14, Asyraf kalah dengan majoriti 1,360 undi di Parlimen Pasir Puteh di mana Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada PAS menang undian sebanyak 32,307.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This