Surat Zahid bukan keputusan konsensus, MCA desak letak jawatan

Dari Penulis

SURAT dihantar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong yang tular disifatkan bukan keputusan konsensus dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, surat Ahmad Zahid yang menyatakan bahawa BN memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 itu bukan keputusan konsensus BN.

Sebaliknya, Sin Woon berkata, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

Jelas beliau, apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam adalah, MCA dan parti-parti komponen telah mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa diputuskan Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya, beliau (Ahmad Zahid) cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih.

“Surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan yang dibuat Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Surat Zahid Hamidi kepada Agong tular, benarkah 30 MP BN sokong Anwar?

Justeru, Sin Woon menegaskan MCA percaya Ahmad Zahid tidak layak lagi memimpin BN sebagai Pengerusi dan sekali lagi menggesa beliau meletakkan jawatan secara terhormat.

“Seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran pula mengesahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat kepada Istana Negara.

Katanya, menerusi surat itu, Ahmad Zahid menyatakan sokongan Ahli Parlimen BN kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Beliau (Ahmad Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This