Ropa, kuih lipat versi goreng. Jom cuba Ropa inti daging lada hitam. Sekali suap habis 5 ketul

Dari Penulis

Kuih Ropa merupakan kuih yang sangat popular di Terengganu. Kulit kuih ropa dibuat daripada lempeng dan isinya pula merupakan inti kentang. Cuma apa yang uniknya, selepas dibalut dan dilipat, kuih ropa digoreng sehingga garing.

Bagi resipi kali ini, intinya ditukar versi kepada daging lada hitam dan keenakkannya cukup sukar ditandingi.

“Petang ni abam buat ropa inti daging black pepper. Sedap sangat rasa pedas-pedas gitu. Daging abam cincang kasar-kasar sikit, biar gigit rasa daging. Boleh habis 4 ke 5 biji ni??

Resipi Ropa Inti Daging black pepper/lada hitam.

Bahan :

Inti daging :

200 gm Daging lembu (dicincang halus)

1/2 biji Bawang holland (dipotong dadu)

2 labu Bawang merah

6 ulas Bawang putih

3 sudu besar Lada hitam (ditumbuk kasar)

5 biji Cili api merah dan hijau

1 biji Kentang (potong dadu)

1 inci Halia

3 sudu besar Kicap manis

2 sudu besar Sos tiram

Gula garam & perasa

Cara :

Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sehingga naik bau.

Masukkan sos tiram dan gaul lagi. Masukkan daging yang dicincang dan masak sampai empuk. Masukkan pula kicap manis dan kentang. Gaul sebati dan masak sehingga hampir kering. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili padi, garam, gula dan perasa. Ketepikan inti.

Kulit ropa :

300 gm Tepung gandum

2 biji Telur

2 sudu besar Minyak masak

600 ml Air

1 sudu kecil Garam

2 sudu besar Tepung jagung

1/2 sudu kecil Pewarna kuning

Cara :

Untuk kulitnya pula, masukkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata. Kisar semua bahan dan kemudian gunakan pan atau kuali yan tak melekat. Bentukkan kulitnya seperti dalam gambar dan masukkan inti.

Akhir sekali goreng gunakan sedikit minyak sahaja. Selamat mencuba.

Kredit : Muliadi Ramli


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This