Cabaran tetap menanti, kata Puteri Reformasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengingatkan masih banyak cabaran yang perlu dihadapi biarpun bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Nurul Izzah yang digelar Puteri Reformasi itu berkata, antara fokus yang perlu diselesaikan adalah usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu dan menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi.

Beliau juga menyatakan perasaan bangga atas kejayaan Anwar yang telah melalui pelbagai onak dan duri dalam arena politik negara.

“Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.  Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini, adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua. 

“Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa berbangga dengan awak walaupun terbaring dipenjarakan sebagai tahanan.

“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli,” katanya.

Baca lagi: Anwar Ibrahim sah Perdana Menteri Ke-10

Hantaran dimuat naik Nurul Izzah itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dengan rata-rata turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This