KEPIMPINAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 diharap dapat menghapuskan budaya politik dendam dalam negara.
Pada masa sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut berharap kepimpinan Anwar dapat memacu negara mengelakkan daripada sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk.
Menurut beliau, masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian.
Beliau turut berharap Malaysia menuju ke arah kestabilan dan kemakmuran dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.
“Saya menghormati keputusan ini untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara dan semua pihak bekerja keras membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara tepat pukul 5.06 petang tadi.
Baca artikel berkaitan: Sabah beri jaminan kerjasama penuh Kerajaan Persekutuan dipimpin Anwar
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Anwar, 75, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan untuk melantik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri baharu.
Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan berhubung pelantikan tersebut selepas memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
Ia selaras dengan kuasa Seri Paduka yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

