Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari kediamannya di sini menuju ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan lengkap bersamping keluar dari kediamannya di Sungai Long pada 9.28 pagi, dengan diiringi polis pengiring.

Turut menemani beliau di pintu sebelum meninggalkan kediaman, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baca artikel lain: Datuk Seri Anwar Ibrahim ini nasihat saya

Ketika keluar dari kediamannya, Anwar sempat melambaikan tangan ke arah petugas media dan hanya memberi kata-kata ringkas “hari ini saya kerja”.

Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram