Anwar kini menerajui ‘kerajaan PH’, bukan kerajaan perpaduan – Dominic

Dari Penulis

KERAJAAN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH), bukannya kerajaan perpaduan seperti yang digambarkan

Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau berkata, sehubungan itu menyebabkan gabungan Perikatan Nasional (PN) memilih untuk menjadi pembangkang.

“Definisi kerajaan perpaduan adalah yang merangkumi semua parti politik, jelas ini kerajaan PH bukan perpaduan oleh itulah kita akan memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan, memetik laporan FMT.

Ketua PN Pulau Pinang itu berkata demikian ketika ditanya keputusan pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan mereka akan memainkan peranan sebagai pembangkang dengan peranan ‘semak dan imbang’ di Parlimen.

Terdahulu, PAS dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak akan menyertai kerajaan persekutuan pimpinan Anwar demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya pengundi yang telah memilih PAS dan PN, dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

BERITA BERKAITAN PAS tidak sertai Kerajaan Perpaduan, jadi pembangkang konstruktif

Untuk rekod, kerajaan di bawah pentadbiran perdana menteri ke-10 yang baharu terbentuk disertai oleh PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta beberapa parti kecil lain, selain Ahli Parlimen bebas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 3,565 petugas PDRM digerakkan sempena undi awal

SERAMAI 3,565 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal digerakkan bagi melaksanakan pelbagai penugasan sepanjang proses pengundian awal sempena Pilihan...

More Articles Like This