Hari ini kita merasa serba serbi senang, berkat kemajuan yang memudahkan kehidupan. Secara tidak langsung, perubahan zaman juga membuat banyak pekerjaan zaman dahulu kini tidak lagi wujud. Bahkan, generasi hari ini mungkin tidak pernah tahu tugas begini pernah menjadi satu pekerjaan pada zaman dahulu.

Ini sebahagian pekerjaan yang pernah wujud suatu ketika dahulu namun sudah pupus pada zaman sekarang…

1.Anda suka main boling? Sejarah menyebut permainan ini sudah wujud sejak 2,000 tahun yang lalu. Dahulu, pekerjaan sebagai tukang susun pin boling memang banyak. Petugas akan sentiasa menanti di belakang pin dan akan menyusun semula pin-pin yang telah jatuh. Kini, tugas ini sudah tiada. Semua digantikan dengan mesin.

Menyusun pin boling pernah menjadi satu pekerjaan zaman dahulu.

2. Sekitar tahun 1920-an ke atas, kilang-kilang di Amerika akan menggaji seorang pekerja yang tugasnya berdiri di tengah-tengah para pekerja lalu membacakan pelbagai berita dan isi kandungan daripada surat khabar, buku atau bercerita sesuatu lucu dan menghiburkan para pekerja. Atau lebih mudah dalam zaman sekarang seperti tugas deejay radio.

Pembaca pelbagai berita atau bercerita di tengah para pekerja.

3.Kerja sebagai penangkap tikus juga popular dahulu, kerana zaman dulu terlalu banyak tikus hingga menimbulkan gangguan kepada penduduk.

Penangkap tikus.

4.Zaman dahulu, lampu jalan harus dinyalakan secara manual. Dan ada pekerja untuk melakukan tugas tersebut. Kalau tidak dinyalakan, gelap lah jalan itu.

Penghidup lampu jalan.

5.Sebelum kewujudan sistem pembetungan, zaman dulu ada pekerjaan untuk mengangkut najis. Najis dari rumah-rumah itu akan dibawa oleh para pekerja ke tempat pembuangan yang ditetapkan. Ketika itu, tandas dibina di luar rumah dan ada tong khas digunakan untuk menampung najis tersebut. Tong itu perlu dibawa oleh para petugas setiap hari.

Kerja mengangkut najis pernah wujud zaman dahulu.

6.Dahulu kalau hendak naik lif, memang ada petugas yang bersedia dalam lif untuk menekan butang lif. Sekarang kalau adapun mungkin di tempat bertaraf enam bintang, bukan lagi pekerjaan yang wajib untuk lif pada zaman ini.

Penekan butang lif.

7.Nak bangun pagi anda boleh set alat penggera seperti jam atau telefon bimbit. Tapi zaman dahulu, ada pekerjaan yang tugasnya hanya untuk mengejutkan orang daripada tidur setiap pagi. Petugas ini akan mengetuk pintu atau tingkap rumah. Selalunya petugas ini digaji oleh golongan seperti doktor, pedagang pasaran saham dan pemandu untuk golongan ternama.

Kerja mengejutkan orang bangun pagi.

8.Sebelum zaman wujudnya peti ais, kerja sebagai pemotong ais amat diperlukan. Pekerja ini akan memotong ketulan ais di tasik yang sudah beku dan kiub ais itu dihantar kepada pelanggan seperti hotel-hotel yang menggunakan ais itu untuk menyimpan stok makanan supaya tahan lama.

Kerja pemotong ais.

9.Pengambil mayat, salah satu pekerjaan zaman dahulu sekitar kurun ke-19. Petugas akan mengambil mayat dari tanah perkuburan yang selalunya digunakan oleh pihak universiti untuk tujuan pembelajaran.

Pengambil mayat.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram