BN tamak, ketepi mandat rakyat di Pahang – Saifuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMELUT politik bagi pembentukan Kerajaan Negeri Pahang berlanjutan apabila Barisan Nasional (BN) didakwa bersikap tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat di negeri tersebut.

Malah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendakwa, sikap tamak itu merupakan cerminan sebenar UMNO dan BN yang rakyat perlu sedar.

Sejak awal, kata Saifuddin, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco.

Saifuddin malah berkata, BN hanya bersetuju memberikan PN satu kerusi Exco sahaja walaupun BN merupakan parti minoriti yang tiada mandat.

“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN. Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.

Baca artikel berkaitan: PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri

“Saya tidak tahu apa gula-gula ‘pelincir’ yang PH setuju tawarkan kepada BN.

“Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Susulan itu juga berlaku perbincangan antara wakil PH dan wakil PN dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, namun sehingga kini tiada keputusan dibuat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilaporkan berkata, PN Pahang sedia berkompromi dengan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada BN dalam usaha merealisasikan pembentukan kerajaan negeri melalui kerjasama antara BN dan PN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This