PEMBERIAN subsidi bukan untuk golongan kaya dan industri tetapi adalah bagi dinikmati mereka yang benar-benar memerlukan.
Itu penegasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu pemberian subsidi dilakukan secara bersasar dalam pentadbirannya.
Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, implikasi subsidi ketika ini perlu diteliti kerana dilaksanakan secara tidak bersasar yang mana golongan kaya dan industri turut menikmatinya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat menikmatinya.
“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cumanya) subsidi harus bersasar, jika tidak harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya.
“Saya beri tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya dalam sidang media katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Perdana Putra, hari ini.
Baca lagi: Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember
Anwar berkata, dasar menyeluruh berkaitan isu subsidi itu akan diteliti selepas pembentukan Kabinet.
Mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta ketua-ketua setiausaha kementerian.
Perdana Menteri pada hari pertamanya bertugas di Perdana Putra pada Jumaat lepas berkata isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya bagi mengurangkan beban dialami rakyat ketika ini.
Sementara itu Anwar berkata, beliau telah meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mengambil langkah bagi mengawal kos pengeluaran bekalan makanan seperti telur ayam.
“Saya juga ucapkan terima kasih kepada industri kerana nampaknya telah berjaya menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

