Hujan lebih sejam, longkang tersumbat punca air melimpah ke Lebuhraya Kajang Silk – bomba

Dari Penulis

Hujan lebat dan longkang tersumbat menyebabkan air melimpah kira-kira hampir satu meter (m) ke Lebuhraya Kajang SILK di laluan Putrajaya menghala Sungai Ramal Luar, Kajang kira-kira 5 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu, lapan buah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, hasil pemeriksaan oleh pihak bomba mendapati berlaku limpahan air ke jalan raya dipercayai akibat longkang tersumbat susulan hujan lebat selama lebih sejam.

“Anggaran kedalaman air ialah tiga kaki (0.91m) menyebabkan laluan terlibat tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Amaran hujan berterusan tahap waspada di lapan negeri

Norazam berkata tinjauan yang turut dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat pengendali lebuh raya berkenaan mendapati air surut kira-kira 30 minit kemudian.

“Pegawai Komander Operasi BBP Kajang bersama-sama PDRM telah membantu melancarkan aliran trafik dan tiada kerja-kerja penyelamatan mangsa dibuat,” katanya. 

— BERNAMA

Wednesday, 30 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This