Bonding bersama anak adalah saat paling berharga dalam mewujudkan kasih sayang, kemesraan, rasa percaya dan keyakinan dalam diri anak untuk membesar. Tidak sukar mewujudkan ikatan luar biasa ini, tiada tanda harga yang perlu dibayar, sebaliknya ia hanya memerlukan masa dan pengorbanan ibu bapa.

Ada kalanya sebagai ibu, kita merasakan sudah cukup dengan melengkapkan keperluan harian anak-anak dan sekali sekali membelikan mainan sebagai kejutan. Namun kita lupa, belaian emosi dan masa berkualiti jarang sekali diberi perhatian.

Menurut juruterapi dan pengasas GymCademy, Siti Aisyah Rozalli, ibu bapa harus mengamalkan bonding emosi bagi merapatkan hati dan perasaan. Ia membantu mengenali potensi anak dan seterusnya mereka akan belajar untuk kenal kesukaan dan personaliti adik-beradik.

“AWAS! KESANNYA SEHINGGA ANAK DEWASA 😱

Kadang, kita rasa kita ni dah cukup sangat “bonding” dengan anak. Rasa macam dah cukup kenal anak.

Kita luangkan masa bawa jalan,

Luangkan masa bawa cuti,

Beli makanan sedap-sedap untuk anak,

Beli baju,

Beli permainan…

Tapi, anak-anak kita tak rapat pun dengan kita.

Sesama adik-beradik pun tak rapat.

Hanya dekat fizikal.

Tapi, tak dekat di hati.

Kalau takde, tak rasa pun kehilangan.

Ada beza tau antara “bonding” yang hanya LUARAN dengan “bonding” HATI & PERASAAN ni.

🤔APA RAPAT LUARAN (BONDING FIZIKAL) NI?🤔

Rapat luaran ni, bila keluarga tu dimaksudkan dengan “events”.

Berkumpul hanya bila ada majlis.

Birthday.

Raya.

Di rumah, anak dididik dengan makan sama-sama di meja.

Tapi, terlupa didik kongsi sama-sama cerita.

Di rumah, anak dididik kongsi sama-sama permainan.

Tapi, terlupa didik rasa cinta dan sayang semasa bermain.

Di rumah, segala peraturan ditetapkan oleh kita, dan anak di”define” dengan peraturan.

Sesama adik-beradik, kita tak jaga maruah anak.

Tegur anak depan-depan adik-beradik yang lain.

Rotan anak depan adik-beradik yang lain.

Tak jaga mulut dan perkataan yang anak-anak keluarkan antara satu sama lain.

Keputusan anak, kita kondem.

Anak-anak hanya ikut apa yang kita sediakan dan putuskan.

Kita MENIDAKKAN anak kita sebagai individu yang boleh berfikir.

Beli baju, tak pernah tanya pendapat anak samada anak suka atau tidak.

Beli permainan, tak pernah tanya anak mahu atau tidak.

APA JADI NANTI?

Anak tak kenal potensi diri!!!

Anak tak kenal potensi sesama adik-beradik!!!

Sesama adik-beradik, tidak wujud bonding hati ke hati.

Sesama keluarga tak kenal personaliti dan kesukaan masing-masing.

Maka, sukarlah untuk rapat.

Bila dewasa, makin jauh jaraknya.

Hanya bertemu bila pulang ke kampung, tanpa bertukar rasa dan kongsi bahagia.

Keras.

Masing-masing dengan hal masing-masing.

Tak mahu pun raikan kegembiraan bersama.

Silap-silap anak-anak kita saling berdendam walau depan kita nampak OK.

Sedihkan kalau jadi macam ni kat anak-anak kita?

Jadi, nak buat macam mana?

AMALKAN BONDING EMOSI.

RAPAT HATI & PERASAAN.

Tak perlu beli-beli sangat pun.

Duduk main bersama sambil perhati potensi anak.

Faham kesukaan anak.

Faham kelebihan anak.

Bukan samakan semua anak tu.

Dari anak masuk umur 3 tahun, ajak anak duduk berbincang semasa nak buat keputusan simple melibatkan dia.

“Adik nak baju merah ke hijau?”

“Adik nak pergi Legoland ke Kidzania?”

Memang anak-anak akan bergaduh sesama mereka masa kita nak buat keputusan ni.

Tapi, pada masa yang sama, mereka akan belajar untuk KENAL KESUKAAN & PERSONALITI adik-beradiknya.

Mereka akan belajar untuk saling menyokong.

Kebersamaan tu, perlu dengan kasih-sayang.

Biasakan “berusrah” dan berbincang dari anak kecil.

Bicara hati ke hati.

Bukan sekadar tanya “apa yang dah habis? Berapa ringgit nak?”

Semoga Allah mudahkan kita semua didik anak-anak kita dengan kebersamaan hati & perasaan ❤️❤️❤️❤️❤️

#OTAisyahRozalli

#learnunlearnrelearn”

Kredit : Siti ‘Aisyah Rozalli