“Tahniah TPM, Kabinet terbaik”, reaksi sinis Ahmad Fadhli

Dari Penulis

“Tahniah Datuk Seri Timbalan Perdana Menteri. Kabinet terbaik”. Itu reaksi sinis Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berikutan pengumuman 28 Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan Facebook beliau malam ini, beliau dipercayai merakamkan ucapan tahniah itu kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini adalah kerana Zahid menjawat jawatan itu ketika masih menjalani perbicaraan melibatkan 47 pendakwaan rasuah.

“Tahniah YAB Datuk Seri Timbalan Perdana Menteri. Kabinet terbaik!,” tulisnya ringkas.

Pelantikan Zahid juga dilihat mengetepikan pandangan beberapa pihak termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang meminta Anwar tidak melantik mana-mana individu yang mempunyai kes mahkamah sebagai anggota Kabinet hanya disebabkan ingin menjaga kestabilan politik Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bakal menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa korupsi boleh ditoleransi jika ‘maslahat lebih besar’ dapat dicapai melalui pelantikan mereka yang terpalit dengan kes rasuah.

Barisan Kabinet yang diumumkan Anwar mencatatkan sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali Malaysia mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Zahid yang juga TPM I turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala TPM II pula akan dipegang Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This