Jemaah Menteri setuju potong 20 peratus gaji – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JEMAAH Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas keprihatinan kepada masalah rakyat.

Perkara tersebut dipersetujui barisan Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pemotongan itu juga akan berterusan sehingga ekonomi mulai pulih.

Pada masa yang sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak menerima gaji sebagai Menteri Kewangan selepas menolak gaji Perdana Menteri.

“Pemotongan (gaji) sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih (dalam masa) tiga tahun, kita kaji.

“Saya berterima kasih kepada kesediaan mereka (Jemaah Menteri) untuk melakukan sedikit pengorbanan.

“Ada orang kata Anwar tak ambil gaji PM (Perdana Menteri) sebab ambil gaji Menteri kewangan. Tak betul…gaji satu sahaja,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Usah pertikai kuasa Agong, kata Anwar

Dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Perdana Menteri, Anwar mengotakan janjinya untuk tidak mengambil gaji apabila menjawat jawatan tersebut.

Jelas beliau, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Sebelum itu dalam siri ceramah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan mengurangkan gaji menteri-menteri sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan pimpinannya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan segala perancangan baik yang telah direncana oleh pentadbiran terdahulu sama ada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN).

Cuma, kata beliau, kerajaan pimpinannya akan lebih tegas dalam membuat perubahan.

“Apa yang baik, perjanjian baik, kontrak baik, tak ada masalah. Ini bukan kerajaan yang baru ditubuh, ini kerajaan meneruskan sistem yang ada.

“Cuma kita lebih tegas dalam membuat perubahan. Kalau jelas umpamanya tender puluh atau ratus bilion tidak mengikut perolehan atau proses, tentu kita akan teliti semula. Ini bukan wang saya, wang rakyat,” tegas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This