SEORANG lelaki kurang upaya (OKU) disaman Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas didapati menampal pelekat OKU yang berbeza daripada spesifikasi keluaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kerajaan Negeri Selangor.
Saman itu dikeluarkan kira-kira pukul 6.15 petang semalam oleh anggota penguat kuasa ketika melakukan rondaan rutin di kawasan Pantai Morib.
MPKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan saman itu telah diambil bagi memastikan layanan yang adil kepada semua masyarakat dan kemudahan OKU tidak disalahgunakan.
“Bagaimanapun, notis tersebut boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan sekiranya individu berkenaan mengesahkan beliau merupakan seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MPKL akan membantu untuk mendapatkan pelekat kenderaan OKU yang sah,” ujar kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, pemeriksaan mendapati terdapat enam kenderaan telah di parkir di petak OKU dimana tiga buah kenderaan meletakkan kad OKU di atas papan pemuka dan sebuah lagi mempunyai pelekat OKU berdaftar di Negeri Selangor.
Baca artikel : Kini masa realisasikan negara makmur rakyat sejahtera
Bagaimanapun, dua buah kenderaan lagi didapati telah menampal pelekat OKU berwarna biru dan mempunyai logo berkerusi roda di mana ia berbeza dengan versi dikeluarkan JPJ.
“Sebuah kenderaan menampal pelekat OKU, tetapi tidak mengisi mana-mana nombor pendaftaran kenderaan pada ruang kosong yang disediakan manakala satu lagi kenderaan menampal pelekat OKU berwarna biru tanpa ruang kosong,” ujar kenyataan itu.
Kerajan Negeri Selangor telah menetapkan dan menyeragam penggunaan pelekat OKU yang sah diguna pakai di kawasan PBT Negeri Selangor.
Semalam, tular sebuah klip video memaparkan seorang lelaki kurang upaya mendakwa telah di saman gara-gara meletak kenderaan di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).
Video itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 875,300 kali dan mendapat lebih 55,000 tanda suka sejak ia dimuat naik oleh mangsa semalam.
Menurut lelaki berkerusi roda yang dikenali sebagai Roslan Jajuli, beliau disaman oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat sebanyak RM 20 meskipun sudah menampal stiker OKU di cermin papan pemuka.
Bukan itu sahaja, beliau juga meletakkan kenderaan di dalam petak parkir OKU dengan keadaan yang baik.
“Aku bayar sahaja lah (saman). Tak mahal kan, RM20 sahaja.
“Lain kali jangan lah saman kereta aku, tak kan stiker (OKU) besar-besar tak nampak? Tak pernah aku kena saman dekat mana-mana,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

