Usah pertikai kuasa Agong, kata Anwar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KUASA Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan isu pelantikan Perdana Menteri seharusnya tidak boleh dipertikai semua pihak.

Itu penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu semua pihak berhenti mempertikaikan kuasa Agong.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Yang di-Pertuan Agong telah memilih beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10 berdasarkan kebijaksanaan Baginda.

Tambah ahli Parlimen Tambun tersebut, keputusan itu juga dibuat berdasarkan kuasa Seri Paduka Baginda dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baca lagi: Anwar pengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Anwar berkata, semua pihak menerima kenyataan pelantikan berkenaan.

“Perkara ini perlu diperjelas bagi mengelak tohmahan dan kekeliruan mengenai fakta dan kronologi pelantikan Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Walaupun bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mempunyai sokongan 115 Ahli Parlimen, tetapi belum tempoh had ditetapkan pada jam 2 petang keesokannya.

“Sembilan Ahli Parlimen UMNO pun menarik (balik sokongan terhadap Muhyiddin), selain GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah memberi perakuan untuk menyerahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskannya.

“Maka, jumlah itu (sokongan terhadap Muhyiddin) sudah tentunya dipertikaikan dan ia dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja yang kemudian membuat keputusan sebulat suara menetapkan calon Perdana Menteri yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This