PDRM kutip RM49.6 juta bayaran saman trafik dari Jan-Okt – KPN

Dari Penulis

Seramai 105,260 pengguna jalan raya seluruh negara telah menjelaskan kompaun saman trafik melibatkan nilai kutipan sebanyak RM49.6 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sistem pembayaran saman secara tanpa tunai dan digital menerusi aplikasi ‘MyBayar Saman’ telah memudahkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak mereka. 

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada JSPT atas inisiatif ini yang jelas menyokong usaha pembangunan digital negara sekali gus memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai.

“Selain itu, mengikut rekod dari Januari hingga Oktober lepas, sebanyak 37 Kaunter Diskaun Saman 50 peratus telah dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman sebanyak RM10.37 juta,” katanya.

Baca artikel : Lelaki OKU disaman MPKL kerana tampal pelekat tidak ikut spesifikasi

Acryl Sani berkata demikian sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSPT di Bukit Aman, di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tuesday , 06 December 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This