Isu bekalan telur, minyak masak subsidi: Salahuddin bermesyuarat dengan MAFI esok

Dari Penulis

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) esok bagi membincangkan isu bekalan telur dan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.

Salahuddin, yang melakukan lawatan mengejut ke kedai runcit dan pasar awam di sini, berkata beliau mendapati wujud kekurangan bekalan telur gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram di pasaran.

Beliau tergerak hati untuk singgah di premis terbabit tanpa diiringi pegawai penguat kuasa KPDN semasa dalam perjalanan ke pejabatnya pagi tadi.

“Saya sengaja tidak beritahu pengurusan kementerian dan bahagian penguat kuasa KPDN kerana tidak mahu jadi seperti acara keraian. Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: KKM teliti semula Dasar Generasi Penamat – Dr Zaliha

Salahuddin juga berkata beliau akan mengarahkan bahagian penguat kuasa KPDN untuk menyelesaikan masalah berkaitan minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram.

Katanya beliau akan bertindak setelah dapatan yang jelas menunjukkan terdapat kekurangan bekalan telur dan minyak masak bersubsidi di pasaran runcit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi hadir rasmikan Konvensyen RESET esok

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan diadakan di Tanah...

More Articles Like This